Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam kesibukan shooting drama slot samarinda Lambaian Ramadan sempat juga mencari masa untuk menganjurkan sidang media umrah kerjasama Hadid Travel & Tours Sdn Bhd dan Faizin International Travel & Tours bersama selebriti iaitu Roslan Shah, AG Koolfm, Imam Muda Hizbur, Mira Filzah dan Maulana Nur Effendy.Kebetulan Kak Ngah Mira Filzah, Imam Muda Hizbur dan Maulana Nur Effendi juga berkelapangan untuk hadir bertemu wakil media dan blogger. Alhamdulillah sessi soal jawab berjalan dengan baik dengan penyertaan wakil media yang ramai begitu juga blogger.
Umrah bersama selebriti dengan harga mampu akan bermula pada 4/4/2016 juga akan membawa Roslan Shah dan AG koolfm. Bakal jemaah boleh membuat tempahan segera kerana tempah sangat terhad. Insyaa Allah Abang akan berada di Tanah Suci selama tiga bulan menguruskan semua jemaah.
Terima kasih kepada semua rakan media yang sudi buat coverage begitu juga rakan blogger. Terima kasih tidak terhingga kepada Faizin Travel yg sudi bekerjasama dengan Hadid Travel. Semuga ALLAH permudahkan niat Hadid Travel untuk membawa seberapa ramai jemaah mengerjakan umrah di tahun-tahun mendatang.
Berikut adalah sosial media Hadid Travel
- FB page @HadidTravel
- Instagram @HadidTravel
- Twitter @HadidTravel
Bertemu kita di MATTA FAIR di PWTC pada 12 – 13/3/2016.
Sekian terima kasih
Adi Putra
Komen Terkini