Kejap je rasa 28 episod Slot Akasia Cinta Si Wedding Planner akhirnya sampai ke penghujung. Terima kasih kepada #1hotlovers dan Miracle.fc kerana telah menganjurkan majlis Finale CSWP yang sungguh meriah di restoran Zam Zam Shah Alam.
Episod akhir jadi trending Malaysia ketika sedang ditonton lebih 4.5 juta. Memang terbaik sokongan yang diberi semua. Gabungan pelakon lama dan baru menjadi formula kejayaan Cinta Si Wedding Planner sehinggakan 28 episod rasa sekejap sahaja. Terima kasih kepada Media Prima dan TV3 memberi peluang kepada kami berkarya. Kita tunggu pulak Cinta Si Wedding Planner Raya dan mana tahu kalau diangkat jadi filem.
Terima kasih juga kerana meraikan hari lahir Kak Aida dan Mama yang jatuh selang sehari pada 15/2 dan16/2.
Jangan lupa subscribe Channel Youtube Abang ada lagi special semasa Finale CSWP. Search je ADPadiputra di youtube.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah setelah sekian lama bertungkus lumus akhirnya Cinta Si Wedding Planner akan ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada 30/12/2015 jam 6.58 pm. Semuga drama sebanyak 28 episod dapat mengubat rindu semua peminat tersayang.
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.
JUDUL : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH MULA : 30/12/2015
MASA : 6.58 pm
HARI : ISNIN – KHAMIS
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : – ALONG KAMALUDIN
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar
WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz Adryan
Shima Anuar sebagai Shira / Nadia
Semuga semua peminat berpuashati dengan lakonan abang dan seluruh team Cinta Si Wedding Planner.
Komen Terkini