Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah sekali lagi Abang mendapat peluang berlakon untuk slot Samarinda TV3 khas untuk tayangan Ramadan 2016. Drama 13 episod bertajuk Lambaian Ramadan berlakon bersama Siti Elizad dan Puteri Balqis.
Drama bersiri 13 episod Lambaian Ramadan ini bakal ditayangkan pada 31 Mei nanti di slot Samarinda TV3 pada jam 10 pm. Bergenre kekeluargaan, awalnya menceritakan keluarga porak-peranda akibat kehadiran orang ketiga.
Drama ini mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.
Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.
Video Lambaian Ramadan
Terbitan: A Aida Production Sdn Bhd
Pengarah: Along Kamaludin
Penolong Pengarah: Chorine Ch’ng Chek Chia
Kesinambungan: Norhafizah Hasnin
Propmaster: Mie Rashid
Peralatan: Fazly Muzamel
Pengarah Fotografi: Yazrol Yon Yahaya
Pembantu Jurukamera: Mohamad Farhan Huzaini
Jurubunyi: Mohd Azuhan Tahir
Pencahayaan: Norshahairulfikri Shaari
Pembantu Pencahayaan: Zaidi Said
Produksi: Jumal Yunus
Pembantu Pengurus Produksi: Affan Affzam
Jurugegas: Azrin Murat
Handyman: Anwar Bumikalle
Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Jangan lupa saksikan nanti drama Lambaian Ramadan ini di slot Samarinda TV3 dan dapatkan update di sosial media :
Fanpage @LambaianRamadan
Twitter @LambaianRamadan
Instagram @LambaianRamadan
Kita jadikan drama ini fenomena Malaysia dengan retweet hashtag #LambaianRamadan sebanyak yang boleh.
Terima kasih kerana terus menyokong Abang
Adi Putra
Best, episode pertama semalam pun dah boleh nangis, kejam Adam kan, Elizad the best.. 🙂
assalamualaikum adi…wah bestnya…kena follow sampai habis ni…:)
Ermmm episod pertama pun dh nangis..cmne ni… #lambaianramadhan
best cerita ni….
best sgt cerita ini..abg Adi mmg terbaik . Semoga kehidupan abg sentiasa mendapat keredhaan Allah swt. Berusahalah ya.