Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah Abang berkesempatan ke Kota Bahru pada 18 – 19/2 untuk promosi Umrah Bersama Adiputra di cawangan Faizin International Travel & Tours. Abang terbang kesana bersama rakan niaga iaitu Pengurus Besar Faizin Travel dan Bos Denaihati Network.
Ramai yang keliru kerana menyangka program umrah bersama Adiputra sama seperti pakej umrah artis lain bersama syarikat travel tertentu. Pakej umrah bersama Adiputra adalah pakej yang diuruskan Abang sendiri melalui syarikat Hadid Travel yang bekerjasama dengan Faizin International Travel & Tours.
Hasrat menubuhkan syarikat travel fokus untuk pakej umrah tercetus ketika Abang mengerjakan haji kali pertama pada tahun 2014. Tujuan untuk membantu seberapai ramai yg boleh untuk mengerjakan umrah dengan harga mampu. Untuk tahun 2016 misi Abang nak membawa 1500 jemaah. Doakan ALLAH permudahkan.
Terima kasih semua peminat di Kota Bahru yg sudi datang bertemua dan bersua muka. Insyaa Allah roadshow seterusnya di Johor Bahru pada 26/2/2016. Dapatkan detail di Instagram, Twitter dan FB @ADPadiputra.
Terima kasih semua
Adi Putra
InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan Abg adi …niat yg baik psti ade ganjaran ..
Keep up the good work!! InsyaAllah….amiin..
moga segalanya berjalan lancer abg………take care