Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kejap je rasa 28 episod Slot Akasia Cinta Si Wedding Planner akhirnya sampai ke penghujung. Terima kasih kepada #1hotlovers dan Miracle.fc kerana telah menganjurkan majlis Finale CSWP yang sungguh meriah di restoran Zam Zam Shah Alam.   

 Episod akhir jadi trending Malaysia ketika sedang ditonton lebih 4.5 juta. Memang terbaik sokongan yang diberi semua. Gabungan pelakon lama dan baru menjadi formula kejayaan Cinta Si Wedding Planner sehinggakan 28 episod rasa sekejap sahaja. Terima kasih kepada Media Prima dan TV3 memberi peluang kepada kami berkarya. Kita tunggu pulak Cinta Si Wedding Planner Raya dan mana tahu kalau diangkat jadi filem.

  
 Terima kasih juga kerana meraikan hari lahir Kak Aida dan Mama yang jatuh selang sehari pada 15/2 dan16/2.

 
Jangan lupa subscribe Channel Youtube Abang ada lagi special semasa Finale CSWP. Search je ADPadiputra di youtube.

Terima kasih semua

Adi Putra