Pakej Umrah Ramadhan bersama Adi Putra

Pakej Umrah Ramadhan bersama Adi Putra

Assalamualaikum dan salam sejahter

‎لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiyah  hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya.” (Riwayat Ibni Majah)

Belum terlambat lagi utk buat tempahan bagi AKHIR RAMADHAN bersama saya

Hubungi MOHD HANIS 011 2711 4267
Kalau sudi boleh repostkan agar kita sama2 mendapat keberkatan dari Allah SWT.
#tempahansegera #akhirramadhan2016 #umrahadiputra #malamlailatulqadr #taatpadaygsatu #bismillahirrahmanirrahim 

Adi Putra di Kosmos

Adi Putra di Kosmos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Kosmos kerana sudi datang ke sidang media Umrah Bersama Adi Putra. Sokongan Kosmos kepada kerjaya Abang memang tidak ternilai, terlalu banyak sejak bermula membina kerjaya sehingga sekarang.

  
2016 bermula langkah baru bersama Hadid Travel & Tours Sdn Bhd berazam untuk membawa seramai jemaah ke Tanah Suci. Semuga tulisan oleh Berita Harian kali ini akan memberi lonjakan semangat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada ummah.

Sekian terima kasih

Adi Putra

Sidang Media Umrah Hadid Travel & Tours bersama selebriti

Sidang Media Umrah Hadid Travel & Tours bersama selebriti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam kesibukan shooting drama slot samarinda Lambaian Ramadan sempat juga mencari masa untuk menganjurkan sidang media umrah kerjasama Hadid Travel & Tours Sdn Bhd dan Faizin International Travel & Tours bersama selebriti iaitu Roslan Shah, AG Koolfm, Imam Muda Hizbur, Mira Filzah dan Maulana Nur Effendy.Kebetulan Kak Ngah Mira Filzah, Imam Muda Hizbur dan Maulana Nur Effendi juga berkelapangan untuk hadir bertemu wakil media dan blogger. Alhamdulillah sessi soal jawab berjalan dengan baik dengan penyertaan wakil media yang ramai begitu juga blogger. Umrah bersama selebriti dengan harga mampu akan bermula pada 4/4/2016 juga akan membawa Roslan Shah dan AG koolfm. Bakal jemaah boleh membuat tempahan segera kerana tempah sangat terhad. Insyaa Allah Abang akan berada di Tanah Suci selama tiga bulan menguruskan semua jemaah.


Terima kasih kepada semua rakan media yang sudi buat coverage begitu juga rakan blogger. Terima kasih tidak terhingga kepada Faizin Travel yg sudi bekerjasama dengan Hadid Travel. Semuga ALLAH permudahkan niat Hadid Travel untuk membawa seberapa ramai jemaah mengerjakan umrah di tahun-tahun mendatang.

Berikut adalah sosial media Hadid Travel

  1. FB page @HadidTravel
  2. Instagram @HadidTravel
  3. Twitter @HadidTravel

Bertemu kita di MATTA FAIR di PWTC pada 12 – 13/3/2016.

Sekian terima kasih

Adi Putra

Roadshow Umrah Bersama Adiputra Kota Bahru

Roadshow Umrah Bersama Adiputra Kota Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah Abang berkesempatan ke Kota Bahru pada 18 – 19/2 untuk promosi Umrah Bersama Adiputra di cawangan Faizin International Travel & Tours. Abang terbang kesana bersama rakan niaga iaitu Pengurus Besar Faizin Travel dan Bos Denaihati Network.

  
 Ramai yang keliru kerana menyangka program umrah bersama Adiputra sama seperti pakej umrah artis lain bersama syarikat travel tertentu. Pakej umrah bersama Adiputra adalah pakej yang diuruskan Abang sendiri melalui syarikat Hadid Travel yang bekerjasama dengan Faizin International Travel & Tours.

  
 Hasrat menubuhkan syarikat travel fokus untuk pakej umrah tercetus ketika Abang mengerjakan haji kali pertama pada tahun 2014. Tujuan untuk membantu seberapai ramai yg boleh untuk mengerjakan umrah dengan harga mampu. Untuk tahun 2016 misi Abang nak membawa 1500 jemaah. Doakan ALLAH permudahkan.  

Terima kasih semua peminat di Kota Bahru yg sudi datang bertemua dan bersua muka. Insyaa Allah roadshow seterusnya di Johor Bahru pada 26/2/2016. Dapatkan detail di Instagram, Twitter dan FB @ADPadiputra.

Terima kasih semua

Adi Putra