Adi Putra dalam Slot Samarinda – Lambaian Ramadan

Adi Putra dalam Slot Samarinda – Lambaian Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah sekali lagi Abang mendapat peluang berlakon untuk slot Samarinda TV3 khas untuk tayangan  Ramadan 2016. Drama 13 episod bertajuk Lambaian Ramadan berlakon bersama Siti Elizad dan Puteri Balqis.

adi putra dan elizad dalam lambaian ramadanadi putra, elizad dan putri balqis dalam lambaian ramadan
Drama bersiri 13 episod Lambaian Ramadan ini bakal ditayangkan pada 31 Mei nanti di slot Samarinda TV3 pada jam 10 pm. Bergenre kekeluargaan, awalnya menceritakan keluarga porak-peranda akibat kehadiran orang ketiga.

keluarga adam dan shila dalam lambaian ramadanadi putra sebagai adam dalam lambaian ramadan
Sinopsis Lambaian Ramadan

Drama ini mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.

adam ayah yang garang dalam lambaian ramadanputeri balqis sebagai nurin dalam lambaian ramadan
Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

Video Lambaian Ramadan

Pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Faye Kusairi, Qazem Nor dan ramai lagi.

profile produksi lambaian ramadan
Profile Produksi

Terbitan: A Aida Production Sdn Bhd
Pengarah: Along Kamaludin
Penolong Pengarah: Chorine Ch’ng Chek Chia
Kesinambungan: Norhafizah Hasnin
Propmaster: Mie Rashid
Peralatan: Fazly Muzamel
Pengarah Fotografi: Yazrol Yon Yahaya
Pembantu Jurukamera: Mohamad Farhan Huzaini
Jurubunyi: Mohd Azuhan Tahir
Pencahayaan: Norshahairulfikri Shaari
Pembantu Pencahayaan: Zaidi Said
Produksi: Jumal Yunus
Pembantu Pengurus Produksi: Affan Affzam
Jurugegas: Azrin Murat
Handyman: Anwar Bumikalle
Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Jangan lupa saksikan nanti drama Lambaian Ramadan ini di slot Samarinda TV3 dan dapatkan update di sosial media :

Fanpage @LambaianRamadan
Twitter @LambaianRamadan
Instagram @LambaianRamadan

Kita jadikan drama ini fenomena Malaysia dengan retweet hashtag #LambaianRamadan sebanyak  yang boleh.

adi putra dan puteri balqis dalam lambaian ramadanadi putra dan siti elizad dalam lambaian ramadan
Terima kasih kerana terus menyokong Abang

Adi Putra