Adi Putra di Kosmos

Adi Putra di Kosmos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Kosmos kerana sudi datang ke sidang media Umrah Bersama Adi Putra. Sokongan Kosmos kepada kerjaya Abang memang tidak ternilai, terlalu banyak sejak bermula membina kerjaya sehingga sekarang.

  
2016 bermula langkah baru bersama Hadid Travel & Tours Sdn Bhd berazam untuk membawa seramai jemaah ke Tanah Suci. Semuga tulisan oleh Berita Harian kali ini akan memberi lonjakan semangat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada ummah.

Sekian terima kasih

Adi Putra

Breakfast bersama Denaihati Network

Breakfast bersama Denaihati Network

Assalamualaikum dan Salam Sejahter,

Blogger Denaihati telah mempelawan Abang dan Mira Filzah untuk breakfast bersama rakan Blogger. Untuk tidak mengecewakan ramai blogger yg mengikuti drama Cinta Si Wedding Planner maka kami bersetuju. Susah juga nak mencari waktu yang sesuai apabila Mira Filzah sudah mula shooting drama baru.

  
 Pertama kali Abang hadir majlis seawal ini dah tak sangka sambutan sangat meriah. Program yang santai bersama blogger, 1hotlovers dan Miracle.fc memberi peluang untuk berkongsi kisah susah senang jadi pelakon. 

  
 Di majlis ini juga diumumkan kerjasama Hadid Travel dan Denaihati Network untuk mempromosi pakej Umrah bersama Adi Putra dan Mira Filzah. Denaihati Network juga akan membantu perancangan sosial media untuk Abang dan Mira Filzah.

 
Terima kasih kepada semua blogger yang berkongsi di sosial media dan penulisan blog. Semuga kehadiran kita semua dalam industri memberi impak positif. Terima kasih juga untuk sambutan advance hari lahir Abang.

Ada juga rakaman istimewa nyanyian abang @ Channel ADPadiputra

Terima kasih

Adi Putra

Adi Putra di Harian Metro

Adi Putra di Harian Metro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi menulis artikel interview bersama Abang. Semuga artikel ini dapat memberi berita terbaru dan melepaskan rindu kepada pembaca Harian Metro. 

  
Kebetulan Abang juga dicalon awal oleh Berita Harian untuk Anugerah Bintang Popular BH utk pelakon lelaki filem popular dan pelakon lelaki tv popular. Semuga artikel ini akan memgingatkan pembaca kepada Abang yang agak lama menyepi.

Terima kasih sekali lagi kepada Harian Metro dan semua 1hotlovers yg sentiasa menyokong kerjaya lakonan Abang.

Adi Putra

Adi Putra di Sinar Harian

Adi Putra di Sinar Harian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf kerana telah sudi memilih Abang Ngah sebagai salah satu tajuk tulisan di Sinar Harian dengan tajuk “Adi Putra tidak minat mengarah“. Apa yang Abang luahkan dalam tulisan ini adalah ikhlas dari hati berdasarkan perkembang kerjaya berlakon.

Adi Putra di Sinar Harian
Artikel ini juga dapat memberi peluang kepada Abang bercerita perancangan terkini dan masa depan kerjaya sebagai pelakon dan juga sebagai usahawan.

Terima kasih sekali lagi kepada wartawan dan pengurusan Sinar Harian kerana memilih Abang.

Adi Putra

Adi Putra di Wanita Hari Ini 

Adi Putra di Wanita Hari Ini 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput Abang Ngah Fariz dan Kak Ngah Zara ke rancangan Wanita Hari Ini yang menjadi pilihan ramai kaum wanita di Malaysia. Menjadi jemputan di WHI membuatkan drama Cinta Si Wedding Planner semakin fenomena di seluruh Nusantara. Terima kasih diatas promosi yang berterusan oleh TV3 untuk lakonan kami ini.

adi putra dan mira filzah di TV3
Abang Ngah memang rasa sangat terharu dengan temubual ini. Peluang berinteraksi dengan peminat Wanita Hari  Ini memang sangat  membantu kerjaya kami dalam lakonan. Sebelum ini kami berdua juga telah ditemubual oleh Hot FM yang merupakan radio di bawah rangkaian Media Prima.

Adi Putra di Wanita Hari Ini
Terima kasih tidak terhingga kepada TV3 semuga kerjasama kita akan terus berpanjangan untuk menghibur penonton dengan drama yang berkualiti.

Adi Putra

Adi Putra di Hot Fm 976

Adi Putra di Hot Fm 976

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada radio Hot Fm 976 keran sudi jemput Abang dan Mira Filzah bersiaran sempena 10 tahun Hot Fm. Juga mempromosi Cinta Si Wedding Planner yang semakin HOT!

Abang Ngah Fariz dan Zara di Hot Fm

Memang kecoh bila dah jumpa dengan Fafau dan AG macam-macam Abang dan Mira kena buli tapi sabar je lah. Happy birthday juga kepada Fizi semuga sukses dunia akhirat.

adi putra di hot fmKepada yg terlepas siaran Abang dan Mira ada umumkan yang kami bersama peminat akan pergi umrah bersama pada 4 – 14/6/2016. Untuk maklumat detail sila follow instagram Abang ADPadiputra dan instagram Mira Filzah.

live adi putra dan mira filzah

adi putra dan mira filzah di hot fm

Terima kasih semua.

Adi Putra