Kanang Anak Langkau

Kanang Anak Langkau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila memperkatakan tentang sejarah tokoh-tokoh pahlawan negara yang menentang komunis, pastinya nama seorang individu iaitu mendiang Pegawai Waran 1 Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau antara yang menjadi sebutan kerana  keberaniannya menentang musuh-musuh negara.

Dikenali sebagai seorang tokoh pahlawan berketurunan Iban, nama mendiang turut tercatat dalam sejarah negara sebagai seorang insan yang begitu berani berhadapan dengan musuh demi menjaga kedaulatan negara.

adi putra dalam filem kanang anak langkau

Lantaran itu, syarikat produksi Tangan Seni Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang memaparkan kisah tentang perjuangan Kanang sepanjang menyertai angkatan tentera.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara (termasuk Brunei) pada 25 Ogos 2016 sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-59, filem berkenaan diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dan diterbikan oleh Zainal Fikri Mohd. Dali.

adi Putra Kanang Anak Langkau

Bercerita lebih lanjut mengenai filem ini, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior mengisahkan tentang seorang pahlawan Iban, Kanang Anak Langkau yang sejak kecil telah dididik oleh datuknya untuk mejadi seorang yang tabah, berani dan tidak gentar kepada sebarang rintangan. Apabila meningkat remaja, datuknya melatih Kanang dengan ilmu mengesan dan selok belok hutan dan ilmu buaya juga turut diturunkan kepadanya.

Kanang menyertai tentera secara tidak sengaja, bila dia mengayuhkan perahu membawa orang-orang kampungnya yang mahu menyertai Sarawak Ranjer. Ketika itu dia berehat menantikan orang-orang kampung itu ditemuduga, ternyata cara dan susuk tubuhnya menarik perhatian Kapten Mike Ayota, Pegawai Tentera dari New Zealand yang berada di situ. Itulah bermulanya kerjaya Kanang dalam bidang ketenteraan bersama Angkatan Tentera Malaysia.

Kanang kemudiannya bertugas dengan Sarawak Ranjer sebagai pegesan jejak, di mana dia mempunyai pelbagai kemahiran yang dipelajarinya dari persekitaran kehidupan dan dari datuknya. Kemahiran Kanang mengesan manusia ataupun binatang di dalam hutan menjadikannya begitu istimewa dan tidak menjadi masalah baginya. Malah hari demi hari Kanang mula mencintai  kejayanya.

poster Kanang Anak Langkau

Semasa peristiwa Konfrontasi diantara Indonesia dan Malaysia, Kanang berjaya menjejaki pasukan Sarawak Ranjer dan 40 orang Komando keluar dan membawa mereka pulang dengan selamat. Walaupun Kapten Mike Ayota tercedera, namun Kanang telah berjaya membawanya pulang dengan selamat.

Kepintaran, keberanian serta komitmen Kanang membuatkan Mike Ayota begitu meminati Kanang dan berhasrat untuk membawa Kanang bertugas di New Zealand. Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Kanang diserap ke 8 Batalion dan dihantar bertugas ke Semenanjung Malaysia bagi membantu manghapuskan saki baki Komunis yang sedang bermaharajalela.

Kanang bertempur menumpaskan Komunis di waktu kaumnya sedang merayakan Hari Gawai. Kematian sahabatnya, Kamaruddin, sekaligus rakan sepasukannya di Hari Gawai benar-benar memarakkan lagi semangat Kanang untuk menjejaki Komunis. Semangat ‘Agi Hidup Agi Ngelaban’ membakar dirinya, sehingga Kanang mengetuai misi tersebut dan menggunakan kepakarannya untuk membaca tipu helah Komunis.

Sesuatu yang menarik tentang filem ini apabila watak Kanang telah dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama bersama Abang serta beberapa pelakon popular lain seperti Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing dan ramai lagi.

Mula menjalani penggambaran pada bulan Februari 2014, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk penggambaran ini antaranya seperti Taiping dan Ipoh di Perak serta Sri Aman dan Santubong, Sarawak selama 55 hari tempoh penggambaran – FINAS

Terima kasih

Adi Putra