Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Saya MOHAMED HADI PUTERA BIN HALIM ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mohon ampun dan maaf kepada semua muslimin dan muslimat, mohon halalkan makanan dan minuman, mohon halalkan sekira ada berhutang, mohon maaf kesilapan dan kesalahan. 

Pada keluarga yg tercinta, saya panjatkan doa agar Allah sentiasa melindungi, berkati dan dirahmati kepada keluarga saya yg amat saya cintai, sayangi dan kasihi. Baitullah ini menjadi saksi. Ameen Ya Rabbal Alameen. 

#jannah

#keluargatercinta

#adpadiputra

#1hotlovers

#denaihatinetwork 

#8thunitmediaprima
Yg Benar,
Mohamed Hadi Putera ADP.

Adi Putra dan Mira Filzah berangkat ke Mekah mengerjakan umrah

Adi Putra dan Mira Filzah berangkat ke Mekah mengerjakan umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti telah diumumkan sejak beberapa bulan lepas akhir sampai waktu untuk abang menguruskan Kak Ngah Mira Filzah ditemani abah serta emak Kak Ngah untuk berangkat ke Mekah mengerjakan umrah. 

adi putra dan mira filzah mengerjakan umrah
Kami berangkat ke Mekah awal pagi 2/6/2016 menaiki pesawat Airasia daripada KLIA2. Insyaa Allah kami akan menyambut ramadan di Mekah dan kemudian akan ke Madinah untuk menziarahi Baginda Rasulullah SAW.

gambar mira filzah bersama keluarga di Mekah
Jadual memang sibuk untuk kami berdua tetapi tidak menjadi alasan untuk menjadi tetamu ALLAH seperti yang telah dijadualkan. Abang baru sahaja selesai shooting telemovie D’kayangan manakala Kak Ngah Mira masih sibuk pengambaran Meh Sandar Pada Ku.


Jangan lupa untuk menonton slot samarinda TV3 bermula 31/5/2016 pada hari Isnin – Rabu, jam 10 pm lakonan Abang dalam drama Lambaian Ramadan. Juga lakonan Kak Ngah Mira dalam slot lestari TV3 bertajuh Ketupat Palas Mr Handsome yang juga akan ditayangankan dalam bulan Ramadhan.

Terima kasih kepada peminat yang datang dari jauh dan dekat menghantar kami di KLIA2. Terima kasih juga kepada rakan media dan blogger yg kongsikan berita kami.

Terima kasih

Adi Putra

Official Youtube Channel Adi Putra

Official Youtube Channel Adi Putra

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah setelah 15 tahun dalam industri akhirnya dengan bantuan Denaihati Network, abang sudah mempunyai Youtube Channel sendiri untuk mengumpul semua video-video yg pernah abang rakan dan juga fan rakam. Ketika entri ini di tulis sudah ada 1343 subscriber dengan 640 ribu viewer yg telah melawat channel ini.


Kepada yang belum subcribe jom ke channel youtube abang @ Channel ADPadiputra

Tujuan channel ini dibuat adalah untuk merapatkan hubungan antara Abang dan semua peminat dan team 1hotlovers yang sentiasa ada bersama masa susah dan senang. Dengan adanya channel ini akan menjadi satu ruang untuk berinteraksi secara terus dengan fan melalui video-video pendek yg tiada disumber-sumber lain.

Kepada peminat yang ada menyimpan video Abang bolehlah kirimkan kepada Abang di email Admin untuk di upload ke channel ADPadiputra. Lagi banyak lagi baik.

Jangan lupa maklumkan kepada semua rakan-rakan untuk follow Channel Youtube Abang dan juga semua official sosial media ADPadiputra.

Sayang semua

ADPadiputra

King Of Love

Adi Putra duta Drama Festival KL 2016

Adi Putra duta Drama Festival KL 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada Media Prima kerana telah memilih Abang bersama Janna Nick dan Syarul Ridzwan menjadi duta DFKL2016. Berganding dengan pelakon generasi muda memang kelebihan dapat berkongsi pengalaman utk memajukan industri.  

DFKL 2016 adalah kali ketiga yang dianjurkan oleh TV3 dan Media Prima untuk mencungkil bakat baru palakon untuk menjadi pelapis kepada pelakon senior.  

DFKL 2016 telah menjelajah ke UiTM Shah Alam, Angsana Johor Bahru, Sunway Putra Kuala Lumpur dan berakhir di PWTC Kuala Lumpur untuk mencari bakat-bakat terpendam. Penutup pencarian tiga bulan adalah anugerah DFKL 2016 pada 19/3/2016 di PWTC.  

Semuga DFKL 2016 akan dapat menceriakan industri filem dan drama Malaysia dengan melahirkan pelakon-pelakong yang berkualiti.

 
Terima kasih semua yg terus menyokong

Adi Putra

Adi Putra di Mentor Milenia 2016

Adi Putra di Mentor Milenia 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terharu juga apabila dapat jemputan menjadi juri untuk Mentor Milenia episod akhir. Mentor Milenia kali dibarisi oleh mentor-mentor yg hebat iaitu Akim, Black, Hazamah dan Noh. Konsert akhir mentor milenia telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 6 Mac 2016.

  
Konsert akhir Mentor Milenia yang ditaja oleh Datuk Seri Vida telah mengangkat Fareez anak didik Hazamah sebagai juara.

  
Dapat duduk sebaris dengan juri-juri yang hebat terutama DS Vida merupakan satu penghargaan untuk Abang. Terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput abang untuk memeriahkan mentor milenia.

  
Adi Putra

Gambar Adi Putra dan Mira Filzah

Gambar Adi Putra dan Mira Filzah

Assalamualaikum dan Sejahtera,

Alhamdulillah drama episod Cinta Si Wedding Planner telah temukan Abang dengan pelakon muda Mira Filzah yang sangat berbakat. Siapa sangka CSWP mendapat sambutan luar biasa daripada 1hotlovers dan Miracle.fc sehingga menjadi trending Malaysia banyak kali.

    
16/2/2016 Cinta Si Wedding Planner akan melabuhkan tirai apabila episod akhir akan ditayangkan. Marah, benci, suka, duka, romantik adalah antara resipi Cinta Si Wedding Planner.

  
  
Insyaa Allah drama ini tidak tamat begitu apabila Cinta Si Wedding Planner dijadikan tele movie untuk ditayangkan pada hari raya Aidilfitri yang akan datang. Doakan manalah tahu ada rezeki boleh jadi Cinta Si Wedding Planner the movie pulak.

    
Terima kasih semua yg memberi sokongan kepada kerjaya kami. Ada rezeki kamu jumpa dalam lakonan drama yang lain.

Adi Putra