Sambutan Aidilfitri dan ulangtahun ke 6 ADPhotlovers

Sambutan Aidilfitri dan ulangtahun ke 6 ADPhotlovers

Lebaran Mubarak Bersama Hj Adi Putra & Ulangtahun ke 6 ADPHotlovers


Thanks to Sponsors | Emcee: 

@zaharzbubu

@qimahmad


Photography & Live Update:

@d.amin_photography


Videographer:

@syamilali


Anniversary Cake:

@sofea_bigoven


Drinks:

@kaww_official


Ice Cream :

@bestlicious_icecream


Decoration / Candybuffet :

@Balloon_Bar


Bunting/banner

@denaihatinetwork


Lucky Draw :

@denaihatiNetwork

@zeetaofficial

@hannanmedispa_ampang

@mamy2002

@Glamourmuzika

@triplemvacations

@Mikacollectionz

@hazirahhijabstar

@izattileeperfume

@hadidtravel

FB : #AsSyukranVacationAgencies #Beststar Travel Centre


Door Gift:

@Suzana4480

@mamazieza

@hanagift_penang


#ADPHotloversturns6

#ADPadiputra

#TaatPadaYgSatu

#Rayakansebulan

#adphotlovers

#16/7/2017

Adi Putra bersama Dr Asyraf Wajdi melawat Kelantan

Adi Putra bersama Dr Asyraf Wajdi melawat Kelantan

Alhamdulillah 2 hari penuh diberikan peluang oleh Dr Asyraf Wajdi @drasyrafwajdi mengikuti beliau pulang ke Kelantan. Ini merupakan permintaan peribadi saya bagi merasai sendiri pengalaman bagaimana pemimpin politik bekerja. Bersama beliau, hari bermula seawal 5.30 pagi dan berakhir selewat 12.30 malam. Daripada program di masjid, sekolah, padang bola, kenduri, hinggalah kepada kunjungan mesra ke rumah-rumah orang kampung. Saya akui terasa juga kepenatan, namun perasaan itu tidak mampu mengatasi keterujaan saya dapat bersama masyarakat Pasir Puteh daripada pelbagai kelompok.
Jelas untuk saya simpulkan bahawa rupanya bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Saya kira dengan jadual padat sedemikian dan dengan perlu melayani pelbagai karenah dan harapan masyarakat, ia hanya dapat dilaksanakan dengan keikhlasan, kemesraan, dan kesabaran yang tinggi. Kagum saya pada Dr Asyraf yang gigih dan cekal berhadapan semua ini, tanpa mengira penat dan sentiasa mesra dengan senyuman melayani orang ramai. Saya belajar dari beliau erti sebenar sikap down to earth, nilai rendah diri dan mengutamakan hubungan manusiawi melebihi jawatan maupun protokol. Saya juga dapat perhatikan masyarakat kampung dari pelbagai peringkat dan lapisan umur di Pasir Puteh begitu menyenangi dan mudah mendekati beliau. Inilah juga dari pandangan saya, erti pertalian sebenar seorang pemimpin dan rakyatnya, saling memberi dan menerima dengan hanya berbekalkan sebuah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim.


Saya doakan lebih ramai pemimpin muda seperti Dr Asyraf yang bukan sahaja dihormati kerana ilmu agamanya, tetapi mempunyai hati yang berjiwa rakyat dan menjadi harapan negara masa depan. Terima kasih daun keladi Dr Asyraf atas peluang keemasan yang diberikan pada kali ini.

Adi Putra

Malaysia mari kita bantu adik Adam Akbar

Malaysia mari kita bantu adik Adam Akbar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya bukan nak jadi hero atau apa. Saya tahu di luar sana ramai lagi yang memerlukan pertolongan dan dalam kesusahan. Kita ada berjuta juta penduduk, dan dengan menghulurkan bantuan walau hanya RM1 akan dapat membantu dan permudahkan segala urusan ADAM AKBAR.

Kita tahu janji Tuhan itu pasti. Apabila kita permudahkan seseorang, Tuhan juga akan permudahkan urusan kita.

Seorang kanak2 yang pintar mendapat 5A untuk UPSR yang bernama ADAM AKBAR berusia 14 tahun sedang dalam keadaan yg SANGAT KRITIKAL. Kerana beliau sedang menghadapi penyakit SCOLIOSIS (saraf tunjang intramedulari ASTROCYTOMA GRED 2) bermula dari TUMOR semenjak berusia 8 tahun dan hingga kini amat memerlukan bantuan DANA bagi tujuan untuk membuat pembedahan secepat mungkin atau jika tidak, beliau boleh menyebabkan MAUT menurut pakar.


Antara banyak banyak penyakit, penyakit SCOLIOSIS disebabkan tumor saraf tunjang INTRAMEDULARI (Astrocytoma Gred 2) adalah sesuatu penyakit amat jarang sekali berlaku didalam BERJUTA JUTA PENYAKIT. 

Kos pembedahan hampir mencecah RM1 JUTA Ringgit Malaysia dan pembedahan akan dilaksanakan di HOSPITAL JOHNS HOPKINS, U.S.A FLORIDA dan disana sahaja mempunyai pakar pakar untuk penyakit SCOLIOSIS. 

Buat masa ini tarikh pembedahan adalah pada 20 September 2016.


Dan Hingga kini masih lagi mempunyai masalah kewangan kerana kos yang terlalu tinggi menurut ayah beliau iaitu Encik Akbar Ali.

Kepada yang ingin menyumbang, boleh menyumbang kepada akaun saya, 

Mohd Hadi Putera Bin Halim. (514422311183-Maybank Account ). Sekiranya terdapat keraguan dan ingin mengambil berat, boleh terus hubungi Encik Akbar Ali ayah kepada pesakit ditalian 0176202642.

Mohon dapat diwar-warkan dan disebarkan kepada semua. 

Terima Kasih.

Adi Putra

Pak Piee Meninggal Dunia

Pak Piee Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un

Takziah kepada keluarga keluarga diatas pemergian Pak Piee pelakon senior yang sangat Abang hormati. Semuga arwah Pak Piee ditempatkan bersama para solehin.


Jasa arwah Pak Piee kepada industri perfileman Malaysia sangat banyak terutama dizamam suram tahun 90 an.

Semuga keluarga arwah bersabar dengan pemergian Pak Piee.

Al-Fatihah.

Adi Putra

Sidang Media bersama wakil media, blogger dan sosial aktivis

Sidang Media bersama wakil media, blogger dan sosial aktivis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah semalam Abang telah membuat penjelasan ringkas status perkahwinan kedua di rancangan Melodi TV3, boleh rujuk kepada entri sebelum ini.

Insyaa Allah pada 25/7/2016 jam 2 pm Abang akan bertemu wakil media, blogger dan sosial media aktivis untuk memberi penjelasan lebih lanjut supaya yang kelam menjadi terang.

Jemputan telah dibuat di official instagran dan page Abang


SIDANG MEDIA, PEMINAT DAN UMUM UTK PENJELASAN DARI SAYA PADA SEMUA. 
TEMPAT : Casa Ombak. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur 

Isnin, 25 july 2016 2-4pm

TRIMA KASIH.
Adi Putra

Penjelasan status perkahwinan kedua di Melodi TV3

Penjelasan status perkahwinan kedua di Melodi TV3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bermula 16/7/2016 telah viral kisah dan gambar perkahwinan kedua Abang di media masa dan sosial media.


Insyaa Allah dalam rancangan Melodi TV3 pada 24/7/2016 Abang akan bersiaran untuk menjelaskan status perkahwinan kedua yang menjadi viral sejak 16/7/2016.


Pejelasan ini bukan untuk memuaskan hati sesiapa tetapi menjelaskan realiti yang berlaku. Semuga dengan penjelasan ini dapat mencerahkan segala kekeruhan yang berlaku.

Sila klik Video Eksklusif Penjelasan untuk menonton penjelasan panjang lebar Abang bersama Michelle, editor Melodi TV3. Video ini sumbangan TV3.

Semuga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga.

Adi Putra