Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Peringkat Kedua

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Peringkat Kedua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Syukur Alhamdulillah kepada Allah, Patik ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH. Semoga TUANKU DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT. Amin

Johor iCare Society : Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran, tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohamed Hadi Putera bin Halim @adpadiputra , PENAUNG Pertubuhan Kebajikan CANCER Johor I Care Negeri Johor (JOHOR I CARE SOCIETY) diatas pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang. Semoga Dato’ Haji Adi terus diberi keberkatan untuk menjalankan kerja-kerja amal berkebajikan. Terima kasih juga diatas segala jasa baik & keperihatinan Dato’ Haji Adi kepada pertubuhan kebajikan kami.

Aida Yusof : Ucapan Tahniah buat Dato’ Hj. Adiputra @adpadiputra diatas kurniaan Gelaran Dato’. Semoga maju jaya & mara kehadapan. Semoga Allah lindungi dan rahmati dunia dan akhirat.  Tulus Ikhlas dari Hjh. Aida Yusof and your 2 princess  Az Zahra and Zara Adelia. Amin

ADPhotlovers : Setinggi tinggi ucapan tahniah dari kami #hotlovers #hotloverssg #hotloversbwnatas gelaran yg diterima hari ni..semoga abg terus berjaya atas rahmatNya insyaAllah..kami akan sentiasa menyokong abg dan kami sayang @adpadiputra ketat ketat.

#taatpadayangsatu
#24102017
#daulattuanku

Tahniah kak ngah Mira Filzah

Tahniah kak ngah Mira Filzah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah kepada Kak Ngah Mira Filzah berjaya membawa pulang anugerah artis baru meletop untuk Anugerah Era Meletop 2016 #AEM2016.

Melihat kepada calon-calon yang bersaing untuk katogeri ini Abang memang yakin Kak Ngah akan berjaya terutama setelah Cinta Si Wedding Planner mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

Tahniah sekali lagi semuga kejayaan ini akan menjadi dorongan untuk projek filem #FarizZara menjadi kenyataan.

Terima kasih kepada semua #1hotlovers yang menyokong Kak Ngah bersama dengan Miracle.fc. Kerjasama pasti akan memberi kejayaan.

Adi Putra

Anugerah bintang filem meleTOP era 2016

Anugerah bintang filem meleTOP era 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada anugerah meleTOP era (#AME2016) kerana telah mencalonkan Adi untuk anugerah Bintang Filem meleTOP 2016 dari melalui lakonan filem Isyarat Cinta. Filem Isyarat Cinta juga tercalon untuk anugerah filem terbaik meleTOP 2016, undi juga ya.

anugerah bintang filem meleTOP era

Jom vote abang untuk anugerah Bintang Filem meleTOP.

Pusingan awal untuk memilih top 5 bermula pada 17 Disember dan berakhir pada 15/1/2016. Masih ada masa lagi untuk mengundi.

Caranya klik http://j.mp/ADPadiputra

Login guna akaun FB personal

Kemudian klik kotak undi tunggu hingga keluar notis terima kasih kerana sudah mengundi.

cara undian anugerah meleTOP

Setiap hari boleh undi sekali dengan satu akaun FB sehingga tarikh tutup 15/1/2016. Seandainya ada yang mempunyai dua atau lebih akaun FB personal maka bolehlah mengundi dua kali atau lebih setiap hari.

Sila viralkan pada semua peminat yg lain juga ya!

Jutaan terima kasih kerana terus menyokong.

Terima kasih semua.

ADPadiputra

Twitter @ADPadiputra
Instagram @ ADPadiputra
Facebook @ADPadiputra
Youtube @ADPadiputra