Assalamualaikum dan Salam Sejahter,

Blogger Denaihati telah mempelawan Abang dan Mira Filzah untuk breakfast bersama rakan Blogger. Untuk tidak mengecewakan ramai blogger yg mengikuti drama Cinta Si Wedding Planner maka kami bersetuju. Susah juga nak mencari waktu yang sesuai apabila Mira Filzah sudah mula shooting drama baru.

  
 Pertama kali Abang hadir majlis seawal ini dah tak sangka sambutan sangat meriah. Program yang santai bersama blogger, 1hotlovers dan Miracle.fc memberi peluang untuk berkongsi kisah susah senang jadi pelakon. 

  
 Di majlis ini juga diumumkan kerjasama Hadid Travel dan Denaihati Network untuk mempromosi pakej Umrah bersama Adi Putra dan Mira Filzah. Denaihati Network juga akan membantu perancangan sosial media untuk Abang dan Mira Filzah.

 
Terima kasih kepada semua blogger yang berkongsi di sosial media dan penulisan blog. Semuga kehadiran kita semua dalam industri memberi impak positif. Terima kasih juga untuk sambutan advance hari lahir Abang.

Ada juga rakaman istimewa nyanyian abang @ Channel ADPadiputra

Terima kasih

Adi Putra