Terima kasih kepada anugerah meleTOP era (#AME2016) kerana telah mencalonkan Adi untuk anugerah Bintang Filem meleTOP 2016 dari melalui lakonan filem Isyarat Cinta. Filem Isyarat Cinta juga tercalon untuk anugerah filem terbaik meleTOP 2016, undi juga ya.
Jom vote abang untuk anugerah Bintang Filem meleTOP.
Pusingan awal untuk memilih top 5 bermula pada 17 Disember dan berakhir pada 15/1/2016. Masih ada masa lagi untuk mengundi.
Kemudian klik kotak undi tunggu hingga keluar notis terima kasih kerana sudah mengundi.
Setiap hari boleh undi sekali dengan satu akaun FB sehingga tarikh tutup 15/1/2016. Seandainya ada yang mempunyai dua atau lebih akaun FB personal maka bolehlah mengundi dua kali atau lebih setiap hari.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita tentang FB fanpage memang ramai peminat yang keliru kerana terlalu banyak fanpage yang menggunakan nama Adi Putra. Ada juga fanpage yang menggunakan nama dan gambar profile Adi Putra dan mempunyai follower yang sangat ramai tetapi lansung tidak bercerita tentang berita terkini Adi Putra.
Untuk makluman semua berikut adalah link fanpage facebook rasmi untuk ADPadiputra. Misi 2016 adalah mencapai 1 juta likes untuk fanpage rasmi ini, semuga dapat bantuan semua peminat menyebarkan kepada kawan-kawan seluruh Nusantara.
Terima kasih juga kepada beberapa fanpage Adi Putra walaupun bukan yang rasmi tetapi sentiasa update berita terkini. Jasa kalian memang tidak akan dapat dilupakan.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah setelah sekian lama bertungkus lumus akhirnya Cinta Si Wedding Planner akan ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada 30/12/2015 jam 6.58 pm. Semuga drama sebanyak 28 episod dapat mengubat rindu semua peminat tersayang.
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.
JUDUL : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH MULA : 30/12/2015
MASA : 6.58 pm
HARI : ISNIN – KHAMIS
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : – ALONG KAMALUDIN
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar
WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz Adryan
Shima Anuar sebagai Shira / Nadia
Semuga semua peminat berpuashati dengan lakonan abang dan seluruh team Cinta Si Wedding Planner.
Komen Terkini